LATAR BELAKANG

Home » LATAR BELAKANG
army
Versi Bahasa Malaysia:

AKADEMI BELIA (ARMY)

TENTANG AL-HAMRA RED WARRIORS ACADEMY (ARMY)

Al-Hamra Red Warriors Akademy atau singkatannya ‘ARMY’ merupakan 1 gagasan terbilang hasil cetusan pemikiran Presiden KAFA, YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Annuar Bin Hj Musa, yang menerajui transformasi dan gigih menyusuri arus dalam mewarnai landskap pembangunan bola sepak Kelantan.

Dalam menjana pembangunan bola sepak Kelantan secara berterusan, ARMY telah bergerak ke seluruh pelusuk negeri untuk mencari bakat-bakat yang berpotensi tinggi. Mereka bukan sahaja dilatih dan dibimbing secara profesional oleh Jurulatih bertauliah malah dimantapkan dengan kaedah dan instrumen termaju masa kini. Melalui program ini, diharapkan suatu masa nanti, bakat-bakat baru akan dapat menguasai pentas bola sepak tanah air.

ARMY telahpun ditubuhkan pada bulan April 2011, dengan mempunyai 7 Chapter. Setiap Chapter diketuai oleh seorang Pegawai Daerah (DO) dan 3 orang Jurulatih. Sehingga kini, seramai 350 pelatih yang berumur di bawah 14 dan 16 tahun telah terpilih menyertai program tersebut.

ARMY yang bermotokan “TRANSFORMING TALENT” dipayungi oleh BOARD OF DIRECTORS yang dibarisi oleh golongan profesional dalam bola sepak bagi merancang dasar, kurikulum, teknik latihan, pertandingan dan pembangunan strategi untuk digunapakai dalam pembentukan pasukan yang mantap dan bersinergi.

Adalah diharapkan dengan tertubuhnya ARMY ini, arena bola sepak Kelantan akan terus melakukan transformasi ke arah menjadi pasukan yang dominan di persada bola sepak tanah air dan akan terus menerima sokongan jitu dari seluruh rakyat Kelantan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia.

English version:

AKADEMI BELIA (ARMY)

ABOUT AL-HAMRA RED WARRIORS ACADEMY (ARMY)

Al-Hamra Red Warriors Akademy (‘ARMY’) is the result of the brilliant idea of YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Annuar Bin Hj Musa, the President of KAFA, who pioneered and led the transformation of Kelantan football.

In ensuring the continued development of Kelantan football, ARMY moved all over the country to search for high potential talents. These talents are not only nurtured and trained professionally by certified coaches, but also through latest techniques and instruments. Through this program, it is hoped that new talents will be able to conquer the field in future.

ARMY, formed in April 2011, has 7 Chapters. Each Chapter is headed by a District Officer (DO) and 3 coaches. As of today, there are 350 trainees under the age of 14 and 16 years who have been selected to join this programme.

With the motto “Transforming Talent”, ARMY is overseen by BOARD OF DIRECTORS lined by a group of football professionals who decide and design the basis, curriculum, training techniques, matches and strategies to be used in the formation of a solid and synergised team.

It is hoped that with the existence of ARMY, the Kelantan football will continue to thrive to become a dominant force in the local football industry and will continue to receive the support of all the people in Kelantan.

SPONSORS