OBJEKTIF

Home » OBJEKTIF
kelatan FC
Versi Bahasa Malaysia:
  • Untuk menggalakkan permainan bolasepak yang mematuhi Perlembagaan, Peraturan dan Undang-Undang Permainan.
  • Untuk menanamkan minat dalam bolasepak khasnya di Kelantan Darulnaim dan secara umumnya di Malaysia.
  • Untuk menggubal, menerima pakai, mengubahsuai dan menerbitkan perlembagaan, kaedah, peraturan, undang-undang kecil dan syarat-syarat bagi mengawal setiap permainan bolasepak di Kelantan seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • Untuk mengekalkan dan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana Persatuan atau Kelab-Kelab Bolasepak dan membantunya dengan apa-apa jua cara yang difikirkan wajar oleh KAFA atau Majlis dan untuk membuat atau menerima pakai mana-mana perjanjian atau perkiraan dengan Persatuan atau Kelab yang berkenaan.
  • Untuk berkerjasama dengan FAM dalam semua perkara yang berkaitan dengan pertandingan Peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa atau lain-lain pertandingan ataupun yang berkaitan dengan permainan bolasepak atau yang berkaitan dengan Perlembagaan atau Peraturan yang melibatkan permainan bolasepak.
  • Untuk menjalankan segala usaha yang difikirkan patut oleh Majlis bagi membantu mencapai tujuan di atas atau mana-mana tujuan tersebut.
English version:

  • To promote the game of football that complies with the Constitution, Rules and Laws.
  • To create interest in football, especially in Kelantan Darulnaim and generally in Malaysia.
  • To formulate, adopt, modify and publish the constitution, rules, regulations, by-laws and conditions for the purpose of controlling every football game in Kelantan as determined by the Football Association of Malaysia (FAM).
  • To maintain and to work with any Association or Football Club and to assist in any other manner deemed appropriate by KAFA or the Council and to make or to adopt any agreement or arrangement with the Association or club concerned.
  • To work closely with FAM in all matters relating to National or International competition or any other competition or related to the football game, or in connection with the Constitution or Rules involving football.
  • To carry out all the works that the Council thinks fit to assist in achieving the above purposes or any other purpose.

SPONSORS