LATAR BELAKANG

Home » LATAR BELAKANG
kelatan FC
Versi Bahasa Malaysia:

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diasaskan pada tahun 1946 sebagai Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan. Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher telah dilantik untuk menerajui kepimpinan bolasepak Kelantan sehingga tahun 1990. Ketika berlaku pertukaran kepimpinan kerajaan negeri pada tahun 1991, jawatan Presiden telah disandang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud yang memimpin persatuan sehingga tahun 2004 sebelum diambil alih oleh Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub.

Tahun 2005 adalah tahun yang merekodkan sejarah hitam bagi KAFA apabila pasukan Kelantan adalah satu-satunya pasukan negeri yang bermain di liga kelas ketiga di Malaysia. Pasukan Kelantan berada di tangga terakhir Liga Perdana, dan terpaksa beraksi di Liga FAM.

Perlantikan Tan Sri Hj Annuar Musa sebagai Presiden KAFA pada tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA. Pelbagai pendekatan baru dan pembaharuan dilakukan oleh Tan Sri Hj Annuar Musa dalam aspek pengurusan persatuan dan pasukan. Tan Sri Annuar membawa revolusi dan mengubah cara pengurusan pasukan dengan memperkenalkan perubahan yang serupa dengan yang diamalkan di luar negara. Pemain tempatan diberi pendedahan dan pemain kebangsaan dibawa masuk ke dalam pasukan untuk menghasilkan gabungan pemain yang mantap dan berpengalaman. Beliau juga menandatangani kontrak penajaan dengan pelbagai syarikat. Dengan aliran tunai yang baik di bawah kepimpinannya, Kelantan, yang kini dijenamakan semula sebagai The Red Warriors (TRW) akhirnya mula mengecapi kejayaan demi kejayaan pada tahun-tahun berikutnya.

Pasukan TRW berjaya memperbaiki kedudukannya dalam Liga Perdana Malaysia semasa musim 2007-2008 dan berakhir di tempat ketiga untuk musim tersebut. Musim 2009 merupakan musim pertama pasukan TRW diserap ke Liga Super Malaysia. Pasukan TRW juga berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun tersebut. Sejak 2009, Kelantan dengan konsisten telah berjaya memasuki sekurang-kurangnya satu pusingan akhir setiap tahun sehingga hari ini.

English version:

Kelantan Football Association (KAFA) was founded in 1946 as Kelantan Amateur Football Association. In 1986, the former Chief Minister of Kelantan, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher was appointed as the president. 5 years later, the former Kelantan State Secretary, Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud took over the post. He held the post until 2004 followed by Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub.

By 2005, Kelantan was the only state team that played in the third-tier football league in Malaysia. The team ended the season bottom of the second-tier Malaysia Premier League and was then relegated to the FAM League.

Tan Sri Annuar Musa took over Kelantan FA in 2007. He brought a revolution and transformed the way the team was run by introducing changes that were akin to those practiced overseas. Local players were given exposure and national players were signed into the team to have a good blend of experience and finesse. Sponsorship deals were signed with various companies and with a good cash flow going into the first few years of his leadership, Kelantan, now re-branded as The Red Warriors (TRW), was ready to take the pitch by storm.

The team succeeded to improve its position in the Malaysia Premier League during the 2007-2008 season and ended in third place during the season. 2009 marked the team’s debut season in the Malaysia Super League. The team was also featured in both FA Cup and Malaysia Cup finals that year. Ever since 2009, Kelantan has consistently been in at least one of the cups final for every single year until today.

SPONSORS