MAJALAH TRWFC

Home » MAJALAH TRWFC
TENTANG TRWFC
KANDUNGAN
HUBUNGI KAMI
MAJALAH
TENTANG TRWFC
TENTANG TRWFC

FAKTA UTAMA / MAIN FACTS :
Tajuk / TitleTRWFC
Bahasa / LanguageBahasa Melayu / Malay Language
Tema / ThemeMajalah Rasmi Pasukan Bola Sepak Kelantan
/ Official Magazine of Kelantan Football Club
Halaman / Pages48 (+4) muka surat / pages
Saiz / Size21.0cm (l) x 28.5cm (t) / 21.0cm (w) x 28.5cm (h)
Harga / PriceRM5 senaskah / per copy
Frekuensi / FrequencyBulanan
/ Monthly
Edaran / Circulation7,000 naskah / copies
PenerbitPro Ink Sdn. Bhd. (Sebuah anak syarikat The Red Warriors.com Sdn. Bhd. / A subsidiary of The Red Warriors.com Sdn. Bhd. )
Versi Bahasa Melayu:

Sejak ditransformasikan oleh Presidennya, Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007, pasukan bolasepak Kelantan atau lebih sinonim dengan nama komersilnya, The Red Warriors (TRW), telah menapak mencipta nama dan mengukuhkan reputasi sebagai kuasa besar bolasepak tanah air.

Tidak sekadar mahu dikenali sebagai pasukan bolasepak yang berjaya, inisiatif berterusan diambil untuk mengetengahkan TRW sebagai sebuah jenama yang disegani dan mempunyai nilai komersil yang tinggi di kalangan masyarakat.
Penerbitan majalah TRWFC sebagai majalah rasmi pasukan adalah salah satu daripada inisiatif yang diambil di mana ia telah menjadi salah satu medium penghubung antara pihak pengurusan dan pemain dengan peminat selain memberi peluang kepada peminat untuk mengenali TRW dengan lebih dekat menerusi kandungan eksklusif dan dinamiknya.

Isi kandungannya padat, bahasanya ringkas dan membawa makna yang jelas, sesuai untuk semua peminat bolasepak bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara, tidak kira peringkat umur, dari si cilik hinggalah ke golongan dewasa yang tidak mahu ketinggalan daripada mengikuti perkembangan semasa dan ceritera mengenai TRW.

English version:

Since transformed by its president, Tan Sri Annuar Musa in 2007, the Kelantan football team or more synonymous with the commercial name of The Red Warriors (TRW), has carved its name and reputation as a powerful force in the local football scene.

Not just want to be known as a successful football team, ongoing initiatives have been taken to position TRW as a reputable brand with a high commercial value.
The production of TRWFC magazine as the official magazine for the team is one of the initiatives in which it has become one of the mediums to connect the management and players with the fans, giving the fans an opportunity to get closer to the team through its exclusive and dynamic contents.

The contents are solid, the language is straightforward and the meaning is clear, perfect for readers of all ages and backgrounds who do not want to miss out on the current development of TRW.

KANDUNGAN
Versi Bahasa Melayu:

TRWFC menepati cita rasa dan kehendak ramai yang mahukan informasi di sebalik tabir dan laporan-laporan eksklusif mengenai pasukan, pemain, penaja dan semua komuniti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pasukan bolasepak berpengaruh tanah air, The Red Warriors.

Kenali pemain pujaan, bintang kesayangan, lagenda bolasepak, pemain yang ada nama, tiada nama dan sedang mencipta nama menerusi temuramah eksklusif yang dibawakan khas oleh krew TRWFC yang cukup berpengalaman di arena kewartawanan.

Selain memberi fokus kepada berita dan laporan di atas padang, majalah TRWFC turut memuatkan info semasa dan hiburan yang membolehkan pembaca mengenali pemain dengan lebih dekat di luar konteks bolasepak melalui paparan khas berkait gosip, hobi/aktiviti masa lapang, fesyen, kesihatan, dll. Turut dimuatkan, slot khas untuk penaja dan kelab penyokong, bolasepak nasional dan global, penceritaan tradisi dan budaya warisan Kelantan, dari sudut pandang, bicara statistik semasa serta perkongsian saat-saat indah menerusi gambar yang dirakam baik di dalam mahupun di luar padang. Di samping itu, ia turut menyediakan platform komunikasi dua hala di mana pembaca boleh turut serta memberi pandangan melalui segmen surat dari peminat.

TRWFC, paparan bola sepak dari kaca mata media, pemain, pengurusan, penaja, kelab penyokong dan peminat untuk pengikut tegar bola sepak tanah air.

English version:

TRWFC meets the taste and needs of people who crave for behind-the-scenes information and exclusive reports on the team, players, sponsors and all the communities involved directly or indirectly with The Red Warriors.

Get to know your favourite star, legendary footballers, reputable players and upcoming stars through exclusive interviews presented by experienced TRWFC crews.

In addition to focusing on on the field news, TRWFC magazine also features information and entertainment that lets the readers get to know the players closer outside the context of football through special segments such as gossips, hobbies / leisure activities, fashion, health, etc. Also included are special slots for sponsors and supporters clubs, national and global football updates, stories on Kelantan traditions and cultures, statistical analysis as well as pictures taken both on and off the field. In addition, it also provides for a two-way communication in which the readers can participate and share their opinions through letters from fans segment.

TRWFC, football insights from the eyes of the media, players, management, sponsors, supporters clubs and fans for the football enthusiasts.

HUBUNGI KAMI

Untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau peluang pengiklanan, sila hubungi kami di / For any enquiries, bookings or advertising opportunities, kindly contact us at :

The Red Warriors.com Sdn. Bhd.,
6.13A, Aras 6, Blok J,
Solaris Mont Kiara,
No.2, Jalan Solaris,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: +603 6204 9613

ATAU e-mel kepada / OR e-mail to :

Muhammad Aiman Aminul (Editor)
aiman@theredwarriorsfc.com

Mohd Faiz Zakwan (Penulis / Journalist)
wawan@theredwarriorsfc.com

Anuar Effendi (Agen Jualan / Sales Agent)
effendi@theredwarriorsfc.com

MAJALAH

SPONSORS